ST882: CLEVER: FLORAL STEM CLEANER AND THORN REMOVER

NAJUWA BINTI HALIM KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Inovasi pelurut duri bertujuan memudahkan aktiviti amali pengurusan bunga keratan dalam modul C05: 'Flowers and Accessories Care'. 'Clever' ialah singkatan daripada perkataan 'floral stem cleaner and thorn remover' direka bagi memudahkan kerja membuang duri dan lebihan daun daripada bunga keratan. Dapatan kajian menunjukkan batang bunga keratan lebih mudah dibersihkan, mengambil masa yang singkat dan tiada kecederaan. Dapatan soal selidik pula menunjukkan minat dan persepsi pelajar terhadap 'Clever' adalah tinggi. Dapatan dari segi reka bentuk juga mendapat purata skor yang tinggi menunjukkan bahawa 'Clever' dapat memberi manfaat kepada semua peringkat pengguna serta boleh dikomersialkan.