YS1252: ELECTRON BOARD

MOSSES ANAK PHILIP MARIM SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Permainan “Electron Board” adalah satu bentuk hiburan yang menggabungkan teknologi dengan elemen tradisional permainan papan. Projek ini memperkenalkan konsep unik di mana bilangan elektron digunakan sebagai markah, dan pemain perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan untuk menambah atau mengurangkan bilangan elektron yang dimiliki. Ini memberikan pengalaman interaktif yang berbeza daripada permainan papan konvensional, dengan elemen sains tajuk atom yang meningkatkan daya tarikan permainan. Selain itu, konsep permainan ini juga bertujuan untuk mendidik pemain mengenai asas-asas sains, terutama dalam topik Jadual Berkala Unsur sambil berseronok. Pendekatan ini diharapkan dapat menarik minat pemain dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia, sambil memberikan nilai pendidikan yang tinggi. Inovasi ini dibangunkan dengan menghasilkan permainan papan yang dibuat  dan pemain menggunakan elektron sebagai markah. Permainan ini berasaskan kepada soal jawab, di mana pemain akan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan pada kad yang terdapat pada papan. Berdasarkan jawapan yang diberikan, pemain akan menambah atau mengurangkan bilangan elektron yang dimiliki. Pada akhir permainan, pemain yang memiliki bilangan elektron tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik pemain tentang konsep-konsep asas dalam bidang sains dan kimia.