YS990: SWAYVE 2.0

MUHAMMAD HAKIMI BIN MOHD KHAIRI SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0909 | 2 Likes | 22 Views | 71 times | LS: 73.2
Like it? | Support them now!

Kebelakangan ini, warganet di dunia telah beralih ke arah kemodenan. Semua orang sering menggunakan pembayaran secara 'PAYWAVE' berbanding tunai. Namun begitu,'Paywave' banyak menimbulkan masalah kepada penggunanya. Antara masalah yang para pengguna hadapi adalah 'Paywave'tiada sistem keselamatan yang khas. Sekiranya tercicir, orang awam boleh kad menggunakan tersebut dan menggunakannya sesuka hatitanpa keizinan pemiliknya. Orang awam boleh mengambil dan menggunakan wang tersebuttanpa sistem keselamatan. Yang kedua, pemilik tidak mengetahui baki yang terdapat di dalam kad tersebut selepas digunakan di kedai-kedai. Hasil daripada kajian kami, kamitelah menginovasikan sebuah produk yang diberi nama 'SWAYVE'. Produk ini menjadikan pengguna-penggunanya tiada rasa takut akan kehilangan kad SWayve 2.0 ini. Produk ini sama seperti 'Paywave'tetapi lebih terjaga dan akan mengurangkan kes kehilangan kad yang sedang menular di negara ini. SWayve 2.0 mempunyai sistem keselamatan yang tinggi iaitu imbasan cap jari untuk mengelakkan kes penggunaan kad dengan sesuka hati selain daripada pemilik. Produk ini juga akan memperlihatkan jumlah baki yang terdapat di dalam kad tersebut.Jumlah baki akan dipaparkan di skrin kecil yang terdapat di dalam kad setelah selesai melakukan sebarang pembayaran. Langkah-langkah penggunaan produk ini juga tidak rumit dan amat mudah. Pertama, sandarkan jari di bahagian yang bercorak cap jari di atas kad. Kemudian, ibu jari akan diimbas untuk melihatidentiti pemilik kad.Jika ibu jari sudah sah, sentuhkan kad di 'SWayve machine' untuk meneruskan bayaran. Kemudian, barang akan dibayarlalu munculnya jumlah baki di skrin kecil di atas kad. Kami menghasilkan produk ini kerana kamitahu bahawa hampir seluruh dunia membayar secara 'cashless' iaitu membayar menggunakan kad. Oleh itu, kami menggalakkan di dalam negara mahupun di luar negara untuk membeli produk kami ini. Di setiap kedai dan pusat membeli belah juga perlu membeli 'SWayve machine' untuk memudahkan