ST835: EasyForMeet

NUR AFRINA BINTI SAPUAN KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya. Pengaplikasian teknologi telah memberi anjakan baru dalam teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui Kumpulan PPN KVSAS telah memilih projek inovasi pembangunan sistem web dalaman di bawah kategori penciptaan produk baru. Projek inovasi ini merupakan pembangunan sistem web berdasarkan sistem pengendalian perekodan keseluruhan proses mesyuarat rasmi. Ianya merupakan satu sistem yang direka bentuk untuk menghasilkan memo, senarai edaran, minit mesyuarat, senarai kehadiran mesyuarat dan borang maklumbalas secara luar talian bagi peringkat internal dan secara dalam talian bagi peringkat global. Oleh itu, penggunaan sistem ini dapat menghasilkan suatu dokumentasi mesyuarat dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Hasil inovasi ini dinamakan Easy For Meeting (EasyForMeet). EasyForMeet yang mengutamakan ciri-ciri mudah alih ini dapat dikendalikan oleh seorang setiausaha mesyuarat. Penghasilan inovasi ini dapat memberi impak dari segi penjimatan kertas, masa dan kos. Sistem EasyForMeet memiliki pelan jangka panjang menerusi keupayaan fungsi yang boleh digunakakan oleh pelajar untuk mengendalikan acara di luar kolej dan seterusnya unit dan jabatan di KVSAS. EasyForMeet juga sangat relevan untuk dikembangkan penggunaannya di semua peringkat khususnya di semua Jabatan kerajaan mahupun organisasi swasta yang mengendalikan mesyuarat rasmi.