SS615: Modul AR-ZabPra4 Bagi Pembelajaran Sejarah Tahun 4

Anis Firdaus Bt Asmi Universiti Putra Malaysia

Modul AR-ZabPra4 ini merupakan satu cara pembelajaran yang efektif bagi membantu murid untuk memahami dan menerokai pengalaman mempelajari Sejarah agar lebih berkesan dan menyeronokkan dengan penggunaan Realiti Terimbuh dalam pembelajaran Sejarah bagi tajuk Zaman Air Batu dan Zaman Prasejarah. Pendekatan secara kreatif, inovatif, dinamik dan holistik dengan gabung jalin pendekatan digital teknologi Augmented Reality atau realiti terimbuh, peta memori serta pentaksiran secara formatif dan sumatif dapat meningkatkan tahap pengetahuan, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah disamping murid dapat menguasai sukatan pelajaran dengan berkesan. Pembangunan Modul AR-ZabPra4 dengan mengaplikasikan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan atau dikenali sebagai (PRP). Kajian ini berpaksikan kepada tiga fasa utama dalam PRP iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Kajian ini menggunakan teknik Fuzzy Delphi bagi mendapat konsensus pakar dalam mereka bentuk dan membangunkan modul AR-ZabPra4 ini. Modul AR-ZabPra4 ini memberi implikasi bahawa pembelajaran Sejarah yang berbantukan teknologi realiti terimbuh dapat membantu murid dalam mempelajari Sejarah seawal peringkat sekolah rendah.