YS362: PENGHASILAN PENGESAN VOLTAN PINTAR MENGGUNAKAN SISTEM RADIO FREQUENCY (RF) DAN SISTEM INTERNET OF THINGS (IOT)

MUHAMMAD FARIS BIN FIRDOZ Kolej Vokasional Balik Pulau

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 114 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Projek Pengesan Voltan Pintar yang menggunakan sistem Radio Frequency (RF) dan sistem Internet Of Things (IOT) ini merupakan satu projek yang kami laksanakan bagi memudahkan juruteknik atau juruelektrik mengesan kerosakan elektrik dengan hanya laraskan suis pemilih pada Radio Frekuensi atau pada sistem IOT. Rekabentuk lukisan 3D projek telah dilakukan. Di samping merekabentuk  draf lukisan tersebut, litar ‘hardware’ (pendawaian litar) dan menggunakan aplikasi peranti pensuisan E-wilink  bagi projek ini juga turut dirancang dan direkabentuk berdasarkan spesifikasi projek dan kefungsiannya. Bahan-bahan yang digunakan adalah Relay 415v, rechargeble bateri 12v, transmitter 4channel, smart switch, switch selector, soket 13a, soket 15a dan soket 5pin commando. Setelah kesemua data dan maklumat diperolehi, analisis dilakukan bagi melihat keberkesanan penghasilan projek pengesan voltan pintar adalah berkesan untuk memudahkan juruteknik yang ingin mengenal pasti punca voltan kuasa pada beban dan mengenal pasti punca voltan yang tersambung pada beban dan aksesori. Pengujian juga dilakukan iaitu ujian kefungsian terhadap aplikasi E-wilink yang digunakan untuk menghidupkan relay 415v. Ujian keterusan dan kekutuban juga dilakukan bagi memastikan sambungan pada wayar tamatan adalah betul dan untuk memastikan tiada pintasan wayar. Secara keseluruhannya projek dapat memenuhi objektif  yang telah dikemukakan dan berfungsi dengan baik, dapat memenuhi ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan dan mengikut prosedur ketika menjalankan projek.