YS1331: MACARON KELAPA

INSYIRAH BINTI MOHD NIZAM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Macaron adalah sejenis pencuci mulut meringue-based manis yang diperbuat dari serbuk badam, telur putih, gula dan pewarna makanan. Ia dijual dikebanyakkan bakeri, kafe dan juga pasaraya tempatan dalam bentuk. Harga serbuk badam yang tinggi menyumbang kepada peningkatan harga jualan pencuci mulut ini di pasaran. Pasukan inovasi dan pasukan School Enterprise, Program Seni Kulinari, Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah bekerjasama mengenal pasti bahan alternatif untuk menggantikan serbuk badam bagi mengurangkan kos bahan seterusnya mengurangkan harga jualan produk ini. Berdasarkan masalah tersebut, kelapa kering (dessicated coconut) telah dipilih sebagai bahan alternatif yang dilihat setanding dengan penggunaan serbuk badam kerana ia mempunyai ciri dan nilai pemakanan seperti rendah karbohidrat, bebas gluten dan mempunyai tekstur yang dapat menstabilkan adunan meringue dengan baik. Penggunaan kelapa kering juga telah memberi kesan kepada sensori produk seperti penambahan tekstur ranggup, aroma dan rasa yang unik. Inovasi ini telah mengurangkan harga jualan 50 – 60 % lebih murah berbanding macaron menggunakan serbuk badam. Tinjauan ke atas 50 orang responden telah dilakukan mendapati 95% responden bersetuju dengan pengurangan kos dan 90% bersetuju dengan potensi kebolehpasaran produk inovasi ini. Idea inovasi ini diharap dapat memperkenalkan penggunaan kelapa kering sebagai bahan utama dalam pembuatan macaron dan memberi impak kepada hasil jualan School Enterprise, Program Seni Kulinari, Kolej Vokasional Sungai Petani 2.