YS574: PASHER

NURUL SYAFIQA AYUNI BT ABDULLAH SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 51 times | LS: 51.0
Like it? | Support them now!

Kebelakangan ini, terdapat begitu banyak kes berkaitan tandas tersumbat. Perkara ini telah berlanjutan setelah sekian lamanya. Setelah dikenal pasti puncanya, pekerja pembersihan tandas yang tersumbat melaporkan bahawa terdapat begitu banyak tuala wanita yang telah dipam ke dalam mangkuk tandas. Perkara seperti ini berlaku disebabkan terdapat jenis manusia yang sangat geli dengan darah . Ia juga dikenali sebagai Hemophobia. Mereka tidak mampu untuk melihat darah tersebut kerana boleh membuatkan mereka termuntah atau pitam. Masalah ini sering dikaitkan dengan wanita kerana mereka mengalami masalah ini setiap bulan semasa kedatangan haid. Selain itu, terdapat sebilangan wanita yang tidak bertanggungjawab dan hanya membiarkan tuala wanita mereka tidak berbasuh. Namun ada juga dari kalangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mengepam tuala wanita mereka ke dalam mangkuk tandas. Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti mangkuk tandas tersumbat dan menyebabkan pengguna lain tidak selesa. Produk ini dicipta bagi membantu memudahkan para wanita diluar sana membasuh pad dengan mudah dan cepat . Seterusnya, ia juga dapat mengurangkan masalah tandas tersumbat akibat pad yang dipam ke mangkuk tandas kerana tidak berbasuh. Selain daripada itu, produk ini juga turut dapat meningkatkan hasil ekonomi negara apabila ia dipasarkan ke peringkat antarabangsa. PASHER ini telah diuji kepada beberapa orang pelajar perempuan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol dan mereka telah ditemu bual. Produk ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat kerana sistemnya yang begitu efisien. Inovasi ini belum mendapat anugerah atau novelty kerana ia merupakan kali pertama dipertandingkan. Kata Kunci : Pasher, tandas tersumbat, tuala wanita, hemophobia