YS1341: PAPADOM KELAPA

PUTERI AMALIN BINTI HAFIZ KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 26 times | LS: 26.0
Like it? | Support them now!

Papadom merupakan sejenis keropok nipis dan ranggup yang disediakan sebagai hidangan snek dan juga pembuka selera. Produk dipercayai berasal dari India ini diperbuat daripada tepung kacang urad-dhal atau kacang tosai, rempah ratus, serbuk penaik dan garam. Papadom juga telah melalui pelbagai fasa pengubahsuaian resepi mengikut citarasa masyarakat tempatan. Penggunaan hampas kelapa sebagai bahan alternatif kepada penggunaan tepung daripada kekacang telah memberi satu dimensi baru kepada sensori produk malah menjimatkan kos kerana menggunakan bahan terbuang. Hampas kelapa mengandungi peratusan serat diet yang tinggi selain rendah kandungan lemak menjadikan papadom hampas kelapa begitu bernilai dari sudut pemakanannya. Produk inovasi ini merupakan cetusan idea semasa Kursus Dapur Komersial di mana pelajar dikehendaki menyedia dan menyajikan set menu masakan India. Tinjauan ke atas tetamu dan responden yang menguji fizikal sensori papadom hampas kelapa mendapati, 100% bersetuju dengan tahap rasa, tektur, rupa dan aroma produk ini yang boleh dikomersialkan menjadi satu produk yang kempetetif kepada papadom komersial yang lain. Kreativiti pensyarah dan pelajar dalam menghasilkan produk inovasi seperti ini dilihat mampu meningkatkan tahap kognitif, psikomotor dan nilai afektif pelajar agar lebih kreatif dalam penghasilan produk inovasi pada masa akan datang. Daya kebolehpasaran papadom hampas kelapa sebagai produk hiliran juga dilihat dapat membantu para pengusaha kecil dan sederhana menjana pendapatan yang menguntungkan.