YS1737: INNOVATRIX

ANIS SOFIYYAH IXORA BINTI ANUAR SMK SANDAKAN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.2000 | 4 Likes | 20 Views | 36 times | LS: 40.8
Like it? | Support them now!

Murid sering menghadapi masalah dalam meyelesaikan masalah berkaitan konsep matriks, terutamanya murid-murid tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan awam SPM. Matriks ialah susunan nombor dalam baris dan lajur yang sering digunakan dalam matematik, sains, dan teknologi. Salah satu operasi penting pada matriks ialah pendaraban. Kaedah asas yang digunakan ialah pendaraban baris dengan lajur, di mana setiap unsur dalam hasil matriks diperoleh dengan mendarab unsur baris dari matriks pertama dengan unsur lajur dari matriks kedua, dan kemudian menambahkannya. Pendekatan ini dijelaskan secara langkah demi langkah dengan bantuan contoh bergambar bagi memudahkan pemahaman. Walau bagaimanapun, pelajar menghadapi masalah dalam mendarab matriks yang diterangkan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam Bab 2 Tingkatan 5. Oleh itu, dalam inovasi ini, kaedah yang lebih mudah diwujudkan untuk memahami dan melaksanakan pendaraban dua matriks. Kaedah ini dikenali sebagai InnovaTrix. Inovasi ini akan memberi kelebihan kepada murid-murid yang ingin menyelesaikan masalah berkaitan topik matriks dengan cepat, mudah dan berkesan. Inovasi ini diharap dapat membantu pelajar menggunakan kaedah yang berbeza yang mudah difahami bagi pendaraban Matriks.