MUHAMMAD HARIZ AMSYAR BIN SAUPI SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Perubahan iklim yang ekstrem kebelakangan ini telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat bukan sahaja di negara ini, bahkan juga di seluruh pelusuk dunia. Hal ini banyak terjadi dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam golongan remaja yang selalu menginginkan minuman yang dingin sepanjang menjalani aktiviti dan kehidupan seharian mereka. Dengan adanya sebuah inovasi yang telah kami hasilkan iaitu Water Cooler Bottle, kehendak masyarakat di seluruh pelusuk dunia dapat dipenuhi. Produk ini mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Sebagai contoh, produk ini dapat menyejukkan semua jenis minuman. Produk ini juga mempunyai ciri-ciri yang unik. Sebagai contoh, produk ini mesra alam kerana produk ini boleh digunakan berulang kali berbanding botol plastik yang merupakan produk pakai buang. Seterusnya, produk ini juga mempunyai tahap ketahanan yang tinggi kerana ianya terbuat daripada besi aluminium.