SS476: P-GOLA

MUHAMMAD ZULHAKIMI IYMRAN BIN ZULAFTI KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Pada masa kini, landskap tidak terhad kepada hiasan dalaman tetapi pemilik rumah juga mementingkan hiasan laman (luaran). Hiasan laman bukan sahaja memberikan ketenangan kepada penghuni rumah tetapi ia juga memberikan kesegaran dan 'lively impact' kepada keseluruhan rumah. Pergola merupakan salah satu hiasan dalaman dan laman yang mempunyai sisi dan bumbung yang terbuka yang mana ia memberi teduhan daripada hujan dan panas. Manakala bentuk pergola boleh dibuat dalam bentuk segi empat tepat dan segi empat sama. Struktur binaan pergola adalah berbentuk kerangka terbuka dalam bentuk kepingan panjang yang dibuat daripada besi atau kayu. Kebiasaannya pembinaan pergola ini bertujuan menyerlahkan keindahan pokok-pokok bunga yang menjalar. Masalah utama penggunaan pergola secara umum ia merupakan struktur binaan kayu serta besi dan sangat berat untuk dibawa kemana-mana. Selalunya, ia merupakan struktur binaan kekal yang dipasang kerana keberatannya. Maka, P-GOLA atau Pick-up Pergola di inovasi menggunakan bahan binaan fiber dan mudah di bawa kemana kerana keringanannya. P-GOLA juga mudah dibuka serta dipasang semula menjadikan ia menjadi produk relevan untuk hiasan laman serta hiasan dalaman rumah. Inovasi ini bertitik tolak daripada Theory of Landscape Aesthetics oleh Bourassa (1988). Teori ini menghubungkan estetika landskap dengan peranan atau keupayaan landskap dalam memenuhi keperluan manusia. Dalam memenuhi keperluan biologikal, landskap harus berupaya menawarkan fungsi keselamatan dan perlindungan diri kepada manusia (Bourassa, 1988).