YS1223: KEMBARA BAHASA

HANNAH GABRIELLA BENIDID DEKSON SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0909 | 1 Likes | 11 Views | 1 times | LS: 2.1
Like it? | Support them now!

Kembara Bahasa merupakan sebuah permainan kuiz interaktif berasaskan digital yang dibangunkan sebagai respons terhadap cabaran penggunaan Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan akibat perkembangan teknologi masa kini. Inovasi ini lahir daripada keperluan mengatasi kelemahan murid dalam menguasai aspek tatabahasa, khususnya morfologi, di mana murid kerap keliru dalam menggunakan tatabahasa yang betul mengikut konteks ayat dan sering melakukan kesalahan dalam penulisan mahupun komunikasi harian. Permainan ini boleh diakses melalui pautan dalam talian dan mengandungi 200 soalan yang dibahagikan kepada tiga tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Pemain bebas memilih aspek tatabahasa yang ingin diterokai, dan setiap soalan yang dijawab salah akan dimunculkan semula pada masa hadapan bagi memastikan pemain akhirnya menguasai jawapan yang tepat. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran berulang yang berkesan tanpa tekanan. Melalui konsep bermain sambil belajar, Kembara Bahasa berjaya menjadikan pembelajaran tatabahasa lebih menarik dan menyeronokkan, sekali gus membantu murid menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih fasih dalam kehidupan seharian serta memudahkan guru memantau dan membantu penguasaan tatabahasa murid secara berterusan.