GUGANESH A/L GANESAN SJKC JERIK
KIT RODANET
NURUL AIN DAMIA BINTI ROSZIHAN, LIM SHI XUAN, GUGANESH A/L GANESAN, KAVISHA A/P MANIAM, GOVARTHAN A/L AMARESAN, LIM JOE JUN, SHYAMALA A/P SIVA SITHAMBARAM, ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY
SJK (C) Jerik, Bandar Jengka, Pahang
ABSTRAK
Kajian penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Kit Rodanet untuk mengenalpasti nama-nama planet secara urutan dengan menggunakan akronim. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian. Hasil tinjauan awal mendapati seramai 6 orang murid SJK C Jerik sangat keliru dengan sukar menyatakan nama-nama planet secara urutan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid sukar menjawab soalan secara lisan dan bertulis selepas sesi PdPc. Oleh itu, dengan bimbingan dan bantuan guru, murid menginovasikan Kit Rodanet dengan nama-nama planet secara urutan dengan menggunakan akronim. Hasil tinjauan akhir menunjukkan bahawa setiap murid jelas dan dapat memahami dan mengenalpasti secara mudah nama-nama planet secara urutan dengan menggunakan akronim dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Kata kunci: penyelidikan, Kit Rodanet, planet, pemerhatian, kuiz lisan