YS1155: YES OR NO: SCIENCE EQUIPMENT

NABILA MARIBA MAS ANAK GUYANG SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

YES OR NO: SCIENCE EQUIPMENT

NABILA MARIBA MAS ANAK GUYANG

CHRISYABELLA ANAK POLYCARP

MIA BHEATRISHA ANAK JOE

PRISCILLA HALLIE ANAK IAN HARRIS

 

GURU PEMBIMBING: CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS

 

Permainan kad "Yes or No" untuk tajuk Peralatan Keselamatan Makmal dan Parameter Kesihatan bagi Sains Tingkatan 4 adalah sebuah permainan pendidikan yang direka untuk menguji dan memperkukuh pengetahuan murid mengenai keselamatan makmal dan parameter kesihatan manusia. Dalam permainan ini, kad yang memaparkan gambarajah peralatan keselamatan makmal dan parameter kesihatan seperti kadar denyutan jantung atau tekanan darah disediakan. Permainan kad "Yes or No" boleh diubah suai untuk fokus pada gambarajah peralatan keselamatan makmal dan parameter kesihatan manusia. Dengan cara ini, permainan ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman murid tentang topik-topik ini tetapi juga menyediakan platform yang interaktif dan menyeronokkan untuk belajar. Permainan boleh dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan. Matlamat utama permainan ini adalah pemain boleh meneka gambar rajah yang betul untuk peralatan keselamatan makmal atau parameter kesihatan manusia. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik tentang pentingnya peralatan keselamatan dan parameter kesihatan dalam konteks makmal dan kesihatan.