NUR AMNI AFWAN BINTI MOHD WANIZAM KOLEJ KOMUNITI LEDANG
NutriGo merupakan satu inovasi dalam penyediaan perkhidmatan makanan sihat yang menepati keperluan gaya hidup moden, khususnya untuk golongan profesional sibuk, pelajar, keluarga muda, dan individu dengan keperluan diet khusus. Inovasi ini menawarkan langganan makanan sihat yang disesuaikan mengikut keperluan individu, menggunakan bahan segar dan organik serta dibungkus dalam bekas mesra alam yang 100% kompos dan terbiodegradasi. NutriGO turut dilengkapi dengan aplikasi mesra pengguna bagi pengurusan langganan dan akses terus kepada pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat pemakanan profesional. Melalui penghantaran harian yang konsisten dan menu yang berbeza setiap hari, NutriGO menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan segera, meningkatkan kesihatan pengguna, dan menyokong kelestarian alam sekitar. Kajian pasaran menunjukkan peningkatan permintaan terhadap makanan sihat, dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 15% dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia. Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan masa pengguna tetapi juga menyumbang kepada pengurangan pembaziran makanan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan seimbang.