YS158: AGRONOVA@PP

NURUL AQILAH BATRISYIA BALQIS BINTI ROSHISHAM SMK PADANG PIOL

AGRONOVA@PP merupakan sebuah inisiatif inovatif yang bertujuan memanfaatkan kawasan terbiar di persekitaran sekolah melalui aktiviti penanaman pokok buah naga dan penternakan ikan air tawar seperti ikan patin, keli dan tilapia. Projek ini bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar melalui pengurangan kawasan terbiar, malah turut meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan pertanian organik dan amalan kelestarian. Selain itu, inisiatif ini membuka ruang kepada pelajar untuk menjana pendapatan sampingan serta berperanan sebagai medium terapi semula jadi yang dapat membantu mengurangkan tekanan, sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih harmoni dan holistik.