ST482: PREMIUM AIR-DRY

NUR QISTINA BATHRISYA BINTI MOHAMAD FAZLY KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

“Premium Air-Dry” merupakan suatu produk yang terhasil akibat permasalahan yang berlaku dari penghasilan kulat atau fungus pada lens kamera disebabkan oleh kelembapan dan suhu yang kurang sesuai. Selain itu, penyimpanan aksesori seperti bateri dan kad memori sering hilang atau tercicir sekiranya diletakkan di dalam beg kamera dan ini menyebabkan pengguna turut risau mengenai tahap keselamatan kamera. Sehubungan itu, “Premium Air-Dry” telah dipasang dengan satu alat thermo-hygrometer yang berfungsi sebagai pengukur kelembapan dan suhu udara bagi memastikan tempat penyimpanan sentiasa berada pada kelembapan dan suhu yang optimal. Teknologi arduino digunakan bagi meningkatkan tahap keselamatan produk yang mana pengguna perlu memasukkan kata laluan untuk membukanya. Di samping itu, produk ini turut mempunyai penarik beg roda bagi memudahkan pergerakan ke mana-mana (travel friendly). Produk ini boleh digunakan di pelbagai organisasi seperti di sekolah, kolej, pejabat atau di premis kediaman. Profesion seperti jurugambar amat sesuai menggunakan produk ini. Produk ini boleh dikategorikan sebagai mesra alam kerana penghasilannya menggunakan Model 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle. Oleh itu, sebagai cadangan penambahbaikan pada masa hadapan, teknologi IoT digunapakai dalam menghantar mesej kepada telefon pintar pengguna sekiranya produk mengalami kelembapan dan kekeringan yang melampau. Oleh itu, produk “Premium Air-Dry” ini sesuai untuk dikomersialkan kerana penggunaannya memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya profesion jurugambar yang menggunakan kamera DSLR di samping dapat memanjangkan tempoh jangka hayat kamera tersebut.