YS622: ArSy CHABS THINKER

AINATUL HUSNA BINTI ABD RAHMAN SMK HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0714 | 1 Likes | 14 Views | 46 times | LS: 47.1
Like it? | Support them now!

ArSy CHABS Thinker merupakan satu himpunan link pembelajaran yang diinovasikan bagi tajuk Ar Raqib dan As Syahid , silibus Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 5. Nama ArSy dipilih kerana ia adalah singkatan dariapda perkataan Ar Raqib ( Allah Maha mengawasi ) dan As Syahid ( Allah Maha Menyaksikan ) . Manakala CHABS merujuk kepada nama-nama ahli kumpulan kami iaitu Che Dayana, Husna, Adriana, Batrisyia dan Syahira, di bawah bimbingan guru kami Ustazah Rumaizah. Ringkasnya, nama ArSy CHABS Thinker bermaksud inovasi tajuk ar Raqib dan as SYahid yang bersumberkan gabungan pemikiran 5 orang ahli kumpulan ini. Tajuk Ar Raqib dan As Syahid merupakan salah satu topik bidang Akidah yang agak rumit dan kompleks. Isi kandungannya yang meliputi aspek maksud, kefahaman dan dalil memerlukan pemahaman yang mendalam agar tidak berlaku kekeliruan. Kerapkali murid tidak dapat membezakan konten dua tajuk Ar Raqib dan as Syahid ini. Justeru, inovasi ini bermatlamatkan untuk memberi kefahaman yang mantap namun secara santai melalui elemen didik hibur. Kami juga ingin mewujudkan pembelajaran aktif melalui pengalamian aspek 4K1N bagi mengubah stigma pembelajaran Pendidikan Islam sebagai subjek yang kaku dan jumud yang melatari pemikiran kebanyakan masyarakat. Asas kepada pembinaan inovasi ini adalah teori pembelajaran heutagogi atau ‘self determined learning’. Kami mencabar diri untuk menghasilkan sendiri teknik pembelajaran mengikut acuan dan kesesuaian. Selaku Gen Z yang lebih serasi belajar bertemankan peranti dan segala bentuk teknologi digital, inovasi ini menjadi alternatif kepada pembelajaran secara konvensional yang berbentuk satu hala dan teori, selari dengan perkembangan arus pendidikan Abad ke 21. Kaedah pembelajaran digital digunapakai melalui aplikasi mylink. Aplikasi ini menghimpunkan beberapa teknik seperti, nota maya melalui aplikasi ‘canva’, gamifikasi online melalui aplikasi quizziz , kahoot, educandy dan wordwall, latihan atas talian melalui padlet dan po