YS1571: Katil Lipat Automatik

Muhammad Aiman Nurhaziq Bin Mohd Samsudin Sekolah Menengah Teknik Terengganu

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 32 times | LS: 32.0
Like it? | Support them now!

Katil ialah perabot yang digunakan manusia untuk tidur dan berehat. Masalah pada katil yang sedia ada ialah terlalu besar hingga memakan banyak ruang. Oleh itu katil lipat automatik dicipta bagi menjimatkan ruang. Katil ini boleh dilipat didinding dan dapat menjimatkan ruang yang ada. Keistimewaan yang ada pada katil lipat ini ialah ia tidak perlu diangkat dengan tangan tetapi hanya perlu menekan butang yang ada pada alat kawalan jauh. Objektif yang diletakkan pada projek ini ialah dapat menjimatkan ruang didalam bilik walaupun bilik itu sempit. Ciri ciri istimewa yang terdapat pada katil lipat automatik ini ialah mudah disimpan, tahan lasak dan menggunakan pelbagai jenis tenaga untuk menggerakkan motor. Impak projek ini ialah dapat memberi kesenangan kepada pelbagai peringkat umur. Kesimpulannya, produk ini dapat memudahkan manusia dari pelbagai aspek dari segi penjimatan ruang, kekemasan dan penjimatan tenaga keupayaan manusia.