JS1493: POINT IT?

RANIA ANNUR BINTI MOHD AZRUL SK METHODIST ACS KAMPAR PERAK

Inovasi Point It? adalah sebuah inovasi yang melibatkan subjek PSV sebagai subjek utama. Namun ia merentas pelbagai subjek seperti BM, Sains, dan lain-lain. Masalah yang tercetus adalah berpunca dari teknik melukis murid yang tidak kreatif. Teknik Pointalisme adalah salah satu teknik yang tertua didunia namun tidak diminati kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Inovasi kami adalah ilham daripada teknik tersebut dan sangat membanyu dalam menjimatkan masa dan kos. Penjimatan kos dikurangkan kerana inovasi kami tidak menggunakan sebarang kos dan modal,ianya menggunakan bahan terpakai sahaja. Inovasi ini mempunyai potensi yang tinggi untuk disebarluas dan mempunyai nilai komersial. Kata Kunci : Pointalisme