YS1352: SKIN & SCALP ICE CREAM

NURHANA HUMAIRA BINTI NORHASHIMAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Skin & Scalp Ice Cream merupakan inovasi konfeksi ais berasaskan bijan hitam, tauhu lembut, kacang gajus dan madu yang diformulasikan untuk menawarkan pilihan pencuci mulut sihat kepada masyarakat. Produk ini kaya dengan protein, antioksidan, lemak sihat serta vitamin yang membantu menyuburkan kulit dan kulit kepala, di samping meningkatkan tenaga dan kesihatan tubuh. Penggunaan bahan semula jadi juga menjadikan produk ini sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur. Dari aspek ekonomi, projek ini berpotensi menjana pendapatan melalui pengeluaran dan pemasaran produk inovatif tempatan, sekali gus menyokong perkembangan industri makanan serta membuka peluang keusahawanan baharu. Produk ini mampu meningkatkan kesedaran pemakanan sihat masyarakat.