MUHAMMAD AFIF SHAHRIZAL BIN MOHD RIZAL SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN
Haiwan peliharaan seperti kucing sangat memberi kesan positif terhadap kehidupan manusia. Akan tetapi, masalah kesihatan haiwan peliharaan sering menjadi kerisauan terutama kepada para pencinta kucing. Penyakit Parvo adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus parvo yang boleh berjangkit dan menyebabkan kematian kucing. Sehingga hari ini, masih belum terdapat ubat atau kaedah rawatan yang dapat disyorkan oleh pihak veterinar untuk penyakit ini, hasil tinjauan kami melalui Jabatan Haiwan yang berhampiran.Hal ini boleh menyumbang kepada masalah tekanan dan kemurungan dalam kehidupan para pencinta kucing terutamanya apabila haiwan kesayangan mereka yang bernilai ratusan malah mencecah ribuan ringgit mati begitu sahaja satu demi satu dalam masa yang singkat.Menyedari akan kepentingan mencari penawar kepada penyakit parvo ini, kami telah cuba membuat kajian dan mendapati terdapat sejenis tumbuhan yang sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati penyakit ini. Cats' Herbs adalah produk inovasi hasil cetusan idea bersama kami.