YS592: Creamy Pulpalicious

Nur Arissya Izzati Binti Yusrizal MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.2378 | 44 Likes | 185 Views | 156 times | LS: 210.5
Like it? | Support them now!

Creamy Pulpalicious merupakan inovasi yang dihasilkan untuk mengatasi masalah lambakan batang pisang yang dibiarkan begitu sahaja dengan menghasilkan aiskrim yang enak dinikmati terutama dalam keadaan cuaca panas sekarang. Menggunakan Model ‘Design Thinking’ oleh Gerd Waloszek, kami telah menjalankan temubual kepada 5 orang warga sekolah dan soal selidik kepada 40 responden iaitu guru, staf dan murid. Kami turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Pertubuhan Peladang dan Pensyarah Bakeri dan Pastri dari Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Kajian ini mendapati bahawa aiskrim batang pisang diterima baik oleh responden menunjukkan potensi produk ini dalam pasaran luas serta dapat memberi kebaikan kepada alam sekitar dan manfaat buat orang ramai.