YS978: CHURROGA

Siti Nur Hafizah Binti Abdullah SMK SULTAN MANSOR

CHURROGA

 

Noor Ain binti Salleh 1

Norziela binti Ismail2

Siti Nur Hafizah binti Abdullah3

Nur Sofia Aqilah binti Mohd Ridwan4

Mia Zara Fellysha binti Abdullah5

Siti Nurdiana binti Ramli6

Nurul Hanni Athierah binti Juhari7

 

 

1 SMK SULTAN MANSOR

 

noorainsalleh9@gmail.com

 

ABSTRAK

 

Inovasi Churroga dibangunkan sebagai medium sokongan PdP dalam tajuk Pengurusan dan Penyediaan Makanan bagi hidangan pastri iaitu penggunaan Choux Paste dalam kalangan murid Sains Rumah Tangga. Produk ini berkonsepkan penggabungan pastri moden dengan bahan herba tempatan iaitu pegaga yang kaya nutrisi. Pegaga diproses menjadi pes sebelum dicampurkan dalam adunan churros sebagai alternatif lebih sihat. Seramai 30 orang pelajar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu dipilih sebagai responden kajian melalui soal selidik Google Form dan penilaian sensori produk. Dapatan menunjukkan 90% responden menyukai rasa, 88% berpuas hati dengan tekstur, 90% bersetuju produk berpotensi dipasarkan dan 82% mengenali pegaga dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, produk ini diterima baik serta menyokong pembelajaran berasaskan inovasi.

 

                                                  Keywords: Churroga