YS964: APLIKASI AR PENGURUSAN JENAZAH

MUHAMMAD HAZMI BIN ROSLI SM Agama Kota Tinggi

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 56 times | LS: 56.0
Like it? | Support them now!

Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses sesuatu sistem malah Kaedah pendidikan yang kurang berkesan mengenai tajuk pengurusan jenazah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran guru-guru di sekolah yang masih menggunakan kaedah tradisional seperti kaedah syarahan dan chalk and talk serta menggunakan alat bantu mengajar seperti buku teks dalam sesi pengajaran menyebabkan murid menjadi kurang minat dan cepat bosan terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran menggunakan multimedia akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan interaktif serta dapat menarik minat murid untuk belajar serta membantu guru-guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan teknologi realiti terimbuh (augmented reality – AR) melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan yang diberi nama AR Pengurusan Jenazah dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid dalam tajuk pengurusan jenazah. Pembangunan aplikasi ini dicipta menggunakan perisian Unity 3D dan Vuforia serta menggunakan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 sebagai sumber rujukan utama.