YS707: Wall Clock Spy

BENJAMIN CHARLES SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 65 times | LS: 65.0
Like it? | Support them now!

Wall clock Spy merupakan suatu alat inovasi adaptasi gabungan dari jam dinding kitar semula dan kamera tersembunyi seperti yang sedia ada di pasaran. Wall clock Spy amat penting bagi menjamin keselamatan di tempat awam bagi mengatasi masalah jenayah, kes ragut, kes penculikan dan sebagainya. Kami mencipta Wall clock Spy untuk bertujuan mengurangkan beban pengguna, firma dan kerajaan dalam mengurus perbelanjaan memasang cctv secara terbuka. Oleh yang demikian, tercetusnya idea ini bagi mencipta Wall clock Spy dari bahan kitar semula dan menggabungkannya dengan kamera tersembunyi dengan teknologi terkini. Kos penghasilan inovasi ini ialah RM45 yang tertumpu kepada pembelian mini hd spy camera. Antara bahan yang digunakan dalam penghasilan inovasi ialah jam dinding terpakai, 40 batang asikrim terpakai, gam pelekat panas dan mini hd spy camera serta sticker barangan haiasan(jika perlu). Proses penghasilannya adalah seperti berikut, pada mulanya enjin jam dinding diasingkan dari bingkai jam dinding, seterusnya melekat batang aiskrim terpakai dengan gam pelekat panas di sekeliling enjin jam dinding, Kemudian menebuk lubang pada salah satu batang aiskrim terpakai bagi mencatumkan mini hd spy camera dan wayar dibelakannya disambungkan kepada suis elektrik maka dengan itu terhasil inovasi kami iaitu Wall clock Spy. Cara penggunaan Wall clock Spy ini amat mudah iaitu, ianya disangkut pada dinding dan suis elektrik disambungkan dengan mini hd spy camera, serta perlu menggunakan wifi untuk mengakses kepada kamera tersemubunyi pada bila-bila masa dan dari mana jua. Tuntasnya, kelebihan Wall clock Spy kami ini ialah bersifat 80 % dari bahan kitar semula dan 20% lagi menggunakan teknologi, mengutamakan keselamatan masyarakat, berkos rendah serta menggalakkan pelajar berinovasi dengan barangan kitar semula demi menjaga alam sekitar.