YS1255: JUTARIA VS SNAKE GAME TO ENDO X

AMANDA RUTH LEKU ROBERT SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

Permainan "Jutaria vs Snake Game To EndoX" adalah menggabungkan unsur permainan tradisional dengan konsep pendidikan tentang Sistem Endokrin. Dalam permainan ini, dua mod utama—"Jutaria" dan "Snake Game" berfungsi untuk membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang kelenjar endokrin, hormon, dan fungsi-fungsinya. Dalam mod "Jutaria," pelajar menghadapi soalan pelbagai pilihan berkaitan kelenjar endokrin dan hormon. Jawapan yang betul membolehkan mereka mengumpul mata dan mendaki tangga ke puncak permainan. Dalam mod "Snake Game EndoX," pelajar mengendalikan ular yang perlu mengumpul item berkaitan hormon dan kelenjar, sambil mengelakkan rintangan yang mewakili kesilapan atau maklumat yang salah. Setiap item yang dikumpulkan memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang fungsi kelenjar dan interaksi hormon. Objektif permainan ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang tajuk Sistem Endokrin melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan dalam meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai kelenjar endokrin dan hormon, serta meningkatkan motivasi dan penglibatan mereka dalam pembelajaran.