YS1330: BATIK ALLIUM CEPA

MUHAMMAD HARRIS DANIAL BIN NOORZAMRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Allium Cepa merupakan nama saintifik untuk bawang merah (bawang kecil) yang digunakan secara meluas sebagai bahan utama penyediaan makanan. Bawang merah merupakan tanaman semusim, memiliki sejenis umbi yang berlapis-lapis dengan akar serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Lapisan paling luar yang juga disebut kulit bawang mengandungi sebatian pigmen antosianin yang sangat berpotensi dijadikan pewarna tekstil. Ekstrak pigmen tersebut boleh digunakan untuk mewarna fabrik, batik dan kraf tekstil. Kulit bawang diekstrak menggunakan kaedah Supercritical Water Extraction (SWE) yang diinovasikan khas bagi mencapai kepekatan warna yang lebih stabil berbanding pengekstrakan tradisional. Penggunaan teknik dyeing dan teknik mordanting menggunakan mordant Alum (Aluminum Potassium Sulfate) dan Tin (Stannous Chloride) telah berjaya menghasilkan tona warna hijau yang unik pada fabrik sutera. Fabrik sutera yang telah diwarnakan ini telah di uji ketahanan warnanya melalui ujian ketahanan terhadap basuhan dan ketahanan terhadap cahaya. Ujian ketahanan ini mengikut Standard Malaysia MS ISO 105-A05-2003 dan MS ISO 105-B02-2001 telah memberikan nilai bacaan yang baik iaitu di antara 3 hingga 5 (nilai terbaik adalah 5). Potensi pewarna semulajadi dari kulit Allium cepa ini telah memberi impak yang baik terhadap keunikan, keaslian warna dan boleh diaplikasikan dalam pembuatan batik futuristik dan juga penghasilan kraftangan berasaskan fabrik. Ia juga dapat mengembangkan lagi penggunaan pewarna semulajadi serta dapat membangunkan daya kreativiti pelajar dan pengusaha fesyen di Malaysia.