YS279: PROJECT BASED LEARNING (PBL) PERTUMBUHAN BATANG MONOPODIAL DAN DIKOTOMUS

MUHAMMAD AQIL WAJDI BIN AMIRUDIN SMK SUNGAI LAYAR

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.2308 | 3 Likes | 13 Views | 4 times | LS: 7.7
Like it? | Support them now!

Project Based Learning berkaiatan Pertumbuhan Batang Monopodial dan Dikotomus ialah pendekatan yang menekankan pembelajaran melalui penyelesaian masalah sebenar dan pengalaman praktikal. Dalam konteks mata pelajaran Pertanian Tingkatan 5, PBL memberikan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep pertumbuhan batang tumbuhan, khususnya pertumbuhan batang monopodial dan dikotomus. Batang monopodial merujuk kepada jenis pertumbuhan batang di mana hanya satu tunas utama yang berkembang dan tumbuh ke atas. Manakala, batang dikotomus tumbuh dengan pembahagian tunas utama menjadi dua cabang utama yang berkembang secara bersimetrik,. Melalui PBL, pelajar akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri kedua-dua jenis pertumbuhan ini, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhannya, serta mempraktikkan pemerhatian dan eksperimen untuk memahami dengan lebih jelas perbezaan dan kesan pertumbuhan jenis-jenis batang ini dalam dunia pertanian. Projek ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan, eksperimen, dan kerja kumpulan, yang penting dalam bidang pertanian. Dengan pendekatan ini, pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan teori tetapi juga kemahiran praktikal yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan tanaman serta pembangunan pertanian secara lebih berkesan.