JS255: MODEL KNOW YOUR TEETH

NIK KHAYLA JAZMINA BINTI NIK HISYAMUDIN SK PINTAS RAYA

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Oleh itu, model merupakan antara kaedah alternatif yang digunakan oleh guru untuk membantu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sains. Dalam inovasi ini, kami fokus kepada model struktur gigi untuk mata pelajaran Sains Tahun 3. Model ini diberi nama Know Ur Teeth’s. Model ini direka menggunakan aplikasi UltiMaker Cura dan di cetak menggunakan mesin pencetak 3D serta menggunakan litar elektrik dan sensor.