JS1471: AD: ANTARA DUA

NIK MUHAMAD ALMUHADITH BIN NIK MOHD ZIKRI SK Sungai Haji Muhammad

Inovasi AD: Antara Dua merupakan inovasi pembelajaran yang dihasilkan untuk menyelesaikan masalah murid keliru antara dua tentang penggunaan kata pemeri dan Kata sendi nama yang betul. Contohnya ialah atau adalah, ke atau kepada, dan dari atau daripada. Inovasi ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama Roda AD dan bahagian kedua Segi tiga AD. Murid menggunakan Roda AD untuk mengetahui penggunaan kata pemeri dan Kata sendi nama yang betul. Manakala, Segi tiga AD pula menggabungjalinkan bahan maujud dan digital bagi menguji dan meningkatkan tahap kefahaman murid tentang kata pemeri dan kata sendi nama melalui inovasi permainan bahasa yang dicipta khas.