SARVIIN S/O ANANTARAJOO SJKT Ringlet
Eco Farm Mate (EFaMa) adalah alat inovatif yang dibangunkan oleh murid-murid dari SJK(T) Ringlet dengan tujuan untuk membantu petani dalam aplikasi baja dan penanaman benih. Direka untuk meningkatkan efisiensi dan mempermudahkan proses pertanian, EFaMa mengurangkan beban kerja petani dan kos operasi. Alat ini menawarkan kelebihan yang ketara, termasuk penjimatan masa semasa membaja dan pengurangan keperluan tenaga kerja melalui sistem penanaman benih yang inovatif.. Selain itu, EFaMa juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terlibat secara kreatif dan lestari dalam bidang pertanian. Ia dihasilkan sepenuhnya daripada bahan kitar semula seperti tin susu pekat, botol semburan, penyedut minuman, dan pen marker terpakai, menunjukkan kos yang efektif dengan perbelanjaan hanya RM untuk bahan tambahan. Proses penghasilan tidak memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi, membolehkan murid-murid menghasilkan EFaMa menggunakan teknologi asas yang dipelajari dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Dengan menggabungkan kreativiti dan kesedaran terhadap alam sekitar, EFaMa memberikan impak positif kepada sektor pertanian sambil mempromosikan amalan kitar semula. Projek ini membuktikan bahawa usaha kecil menggunakan bahan terbuang boleh memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat