JS770: SaBiRa-Sifir(Saya Bijak Kira Sifir)

SUJITRA A/P SELVAM SJKT METHODIST KAPAR

Kit ‘SaBiRa-sifir’ ini dihasilkan untuk meningkatkan kefahaman murid pemulihan khas dalam operasi sifir. Murid pemulihan mempunyai masalah untuk menghafal sifir dan sebagai akibatnya mereka bukan sahaja gagal mencapai pencapaian yang minimum malah mula mengalami fobia apabila melihat soalan berkaitan darab. Murid pemulihan tidak dapat kuasai kemahiran darab kerana mereka gagal untuk memahami bahawa darab sebenarnya melibatkan penambahan berulang Dengan adanya kit ini, murid dapat menyelesaikan sebarang soalan dengan mudah.Dengan adanya kaedah Sabira, murid dapat menguasai sifir serta mereka sangat seronok melakukan aktiviti ini. Murid juga melibatkan diri secara aktif sehingga murid yang tidak pernah menjawab soalan sifir dapat menjawab dengan pantas.