YS511: PACUTPA

NUR FARISYA NADHIRA BINTI AFFANDIE SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0952 | 2 Likes | 21 Views | 69 times | LS: 71.2
Like it? | Support them now!

Pada 4 Disember 1977, sebuah pesawat Boeing 737-2H6 dilaporkan terhempas di Tanjung Kurap, Johor. Peristiwa ini berlaku selepas satu jam pesawat itu berlepas akibat perampasan yang dianggarkan berpunca daripada pihak Tentera Merah Jepun.Tiada yang terselamat dalam nahas tersebut. Sekali lagi, pada 9 Januari 2021, dunia berduka atas peristiwa nahas pesawat komersial Sriwijaya Air (SJ182) yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, 4 minit setelah penerbangan.Tiada nyawa yang berjaya diselamatkan dalam peristiwa hitam tersebut. Peristiwa yang berlaku ini telah mencetuskan idea beberapa orang pelajar SBP Integrasi Jempol bagi membina sebuah produk keselamatan yang diberi nama sebagai ‘PACUTPA’ atau Parachute Passanger. Produk ini berkonsepkan payung terjun automatik yang dibina secara khas untuk diletakkan di bawah kerusi penumpang bersama jaket keselamatan. Produk ini dibina secara khas di atas pesawat yang telah diubah suai platform atau lantai kapal yang boleh dibuka oleh kapten atau anak kapal yang lain. Walaupun anggaran kos tidaklah murah, namun lebih berbaloi bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa antara penumpang dan anak kapal. Produk ini juga berkemampuan untuk menembusi pasaran antarabangsa atas faktor masalah yang sama. Produk ini mampu meningkatkan taraf keselamatan dalam sektor penerbangan bahkan berdaya memajukan ekonomi negara pada masa hadapan.