YS1335: PEWARNA GA

MUHAMMAD HARRIS DANIAL BIN NOORZAMRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 18 times | LS: 18.0
Like it? | Support them now!

Pewarna adalah pigmen pekat yang digunakan dalam asas penghasilan warna cat yang kebanyakkannya dihasilkan daripada bahan sintetik. Pewarna yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan merupakan produk hijau, mesra alam, dan mampu menghasilkan tona warna yang unik berbanding pewarna sintetik. Lawatan akademik dan penanda aras pasukan inovasi Kolej Vokasional ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong menjadi titik tolak kepada penghasilan inovasi pewarna hasil tinjauan di Bengkel Kejuruteraan Kayu, FRIM. Dalam kajian ini, lambakan sisa kayu gergaji dan habuk partikel dari kayu gluta aptera (Rengas), yang diperolehi dari FRIM telah dikenal pasti sebagai bahan paling berpotensi untuk diekstrak dan digunakan sebagai sumber pewarna semula jadi. Ciri kayu keras yang bewarna merah gelap ini mengandungi sebatian pigmen flavonoid yang tinggi. Kaedah pengekstrakan solvent extraction mengunakan metanol dan proses penyulingan rotary evaporator telah digunakan bagi mendapatkan warna dalam bentuk pes. Pewarna gluta aptera larut air ini digunakan sebagai pewarna untuk menghasilkan lukisan pada kertas dan kanvas yang menghasilkan warna coklat gelap yang unik dan menarik. Pewarna ini boleh dimodifikasikan dengan larutan asid bagi menghasilkan tona warna yang berlainan yang lebih unik dan menarik. Lambakan sisa kayu buangan dari industri perkayuan pelbagai spesis, bentuk dan warna seperti ini sangat berpotensi diekstrak dalam menghasilkan pewarna larut air yang mesra alam.