PR242: SMART FON PDS

PN SITI ZURAINI BINTI MOHD ZAIDI SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA

VIC25 | Professional

CR: 0.2857 | 4 Likes | 14 Views | 22 times | LS: 27.1
Like it? | Support them now!

SMART FON PDS direka bagi membantu murid pemulihan mengatasi masalah membaca dengan cepat dalam literasi. Konsep inovasi ini menggunakan ketiga-tiga deria utama murid yang penting iaitu mata, telinga dan mulut yang digunakan secara serentak pandang, dengar dan sebut. Murid akan melihat paparan video yang menggunakan teknologi VR dan menyebut huruf dan perkataan yang didengar serta menyampaikan kepada murid lain melalui Fon yang direka khas sebagai satu inovasi yang menarik kerana mempunyai lampu yang dapat mengesan suara yang dilontarkan oleh murid. Murid lain akan cuba menyebut perkataan yang disebut. Inovasi ini akan dapat menarik minat dan menimbulkan keseronokkan semasa murid belajar membaca.