YS663: KAEDAH SMART POSTRY MEMBANTU MENGUKUHKAN PENGUASAAN MAKLUMAT SEJARAH DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 2

Bryan Goh Yu Xuan SMK DATO SYED ESA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 90 times | LS: 90.0
Like it? | Support them now!

Mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran teras mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Mata pelajaran Sejarah adalah medium pendidikan yang penting untuk melahirkan warganegara yang mempunyai nilai jati diri. Walaubagaimanapun, ramai murid kurang berminat mempelajari subjek sejarah kerana menganggap mata pelajaran merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari dan difahami kerana kandungan topiknya yang terlalu banyak. Akibatnya, kelemahan dalam mengingati dan menguasai fakta sejarah akan menyebabkan murid tidak mampu mendapat markah yang baik dalam penilaian subjek sejarah.. Oleh yang demikian, satu pendekatan yang dinamakan sebagai Postry Method telah dilaksanakan untuk membantu murid dalam mengingati dan menguasai fakta sejarah khususnya dalam bab-bab Tingkatan 2 .Postry Method merujuk kepada ‘Poster’ dan ‘story’ iaitu kaedah melakar poster dan bercerita (story telling). Kaedah ini dilihat mampu membantu murid untuk menguasai fakta dan maklumat Sejarah dalam bab Kerajaan Alam Melayu bermula bab 1 hingga bab 4 dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Objektif Kajian ini adalah untuk membantu murid meneroka dan menguasai maklumat topik Kerajaan Alam Melayu Bab 1-4 dengan baik. Kajian ini telah menggunakan kaedah kutipan data seperti analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temubual. Melalui penggunaan kaedah Postry Method sebagai intervensi, terdapat peningkatan penguasaan fakta serta pencapaian markah oleh murid berbanding sebelum penggunaan. Maka kaedah ini amat sesuai untuk diperluaskan kepada semua guru bagi memudahkan proses pengajaran Sejarah di dalam bilik darjah. Kata Kunci: Sejarah Tingkatan 2, Kerajaan Alam Melayu, Postry Method, bercerita (Story Telling).