YS1032: ECOCYCLE REPEL

AIREAL ZAKWAN FAEZ BIN PAKRULAINI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

EcoCycle Repel, merupakan produk penghalau serangga di kandang ternakan. Produk ini dicipta dengan menggabungkan bahan daripada tinja ternakan dan bahan semulajadi. Produk ini berkonsepkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Selain itu, produk ini juga menggunakan bahan organik dan bebas daripada bahan kimia. Bahan yang digunakan adalah tinja ternakan, habuk kayu, sekam padi, daun semambu,  serai wangi dan juga tepung ubi. Bahan  ini juga berpotensi menjadi alternatif lestari, selain daripada kos efektif dan mudah diaplikasikan oleh penternak dalam meningkatkan kebersihan serta produktiviti kandang ternakan. Fungsi utama EcoCycle Repel ini adalah untuk menghalau serangga dikandang dengan menggunakan tinja yang dikumpul kemudian diproses melalui pengeringan dan pencampuran bahan semula jadi sebelum dibentuk menjadi kiub padat. Kiub ini kemudiannya dibakar secara terkawal untuk menghasilkan asap dan bau yang berfungsi sebagai agen penghalau serangga. Masalah utama yang dialami oleh penternak adalah pengurusan tinja tidak diuruskan dengan cara yang betul. Ianya akan memberi kesan terhadap alam sekitar, kesihatan haiwan dan manusia, serta pengurusan operasi ladang. Pengumpulan tinja yang tidak terurus boleh menyebabkan pencemaran udara melalui pelepasan gas berbahaya seperti ammonia, selain mencemarkan sumber air akibat larut resap sisa.  Oleh itu dengan terhasilnya produk ini ia dapat membantu penternak untuk mengunakan semula  tinja untuk dijadikan produk sampingan.