JS2061: Kad Kat Mana Tu Versi 2.1

Anis Hadirah Binti Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0159 | 1 Likes | 63 Views | 34 times | LS: 35.0
Like it? | Support them now!

Subjek Matematik sering menjadi cabaran utama bagi murid sekolah rendah kerana melibatkan pelbagai topik yang memerlukan pemahaman mendalam. Antara topik yang masih sukar dikuasai oleh murid ialah topik koordinat. Walaupun dianggap mudah, ramai murid terutama Tahun 4 masih keliru untuk memahami dan menjawab soalan berkaitan koordinat. Topik ini memerlukan murid mengenal pasti nilai pada paksi-x dan paksi-y untuk menentukan sesuatu koordinat. Namun, ramai murid melakukan kesilapan ketika menulis koordinat dalam format yang betul atau menanda kedudukan yang tepat pada graf. Kekeliruan biasanya berlaku apabila murid tidak dapat membezakan antara paksi-x dan paksi-y, seterusnya menjejaskan keupayaan mereka menjawab dengan betul. Bagi mengatasi isu ini, satu projek inovatif telah dibangunkan melalui penciptaan kad khas yang dinamakan Kat Mana Tu dan Versi 2.1 adalah penambahbaikkannya. Kad ini direka untuk membantu murid memahami konsep koordinat dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan kad ini juga menyokong amalan mesra alam. Kosnya rendah dan mudah diperoleh, menjadikannya sesuai untuk semua murid. Kerjasama telah dijalinkan dengan Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka bagi meningkatkan keberkesanan produk ini. Kajian pre and post yang melibatkan 26 murid dari SK Abdullah menunjukkan peningkatan ketara dalam pemahaman murid selepas menggunakan kad ini. Sebagai langkah penambahbaikan, kad ini akan diubah suai dalam bentuk penanda buku dan disesuaikan cirinya agar boleh digunakan dalam pelbagai jenis soalan berkaitan koordinat. Projek ini diharap dapat menjadi alat bantu mengajar yang berkesan dan menyenangkan bagi murid serta guru.