ST1802: THE EFFECTIVENESS PAD FOUNDATION IBS IN WORKSHOP FOR STUDENTS' PRACTICAL WORK

AININ SOFIYA BINTI HUSSIN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Kotak bentuk adalah satu binaan sementara berfungsi untuk membentuk konkrit pada bentuk yang dikehendaki. Penggunaan kotak bentuk jenis papan lapis kerap digunakan dalam kerja amali di bengkel Teknologi Pembinaan KVKK menyebabkan papan lapis mudah mengecut dan meleding akibat cuaca dan mudah diserang oleh anai-anai. Sektor pembinaan berasaskan industri atau Industrialised Building System (IBS) merupakan satu kaedah pembinaan menggunakan bahan binaan yang diindustrikan di kilang pembuatan dan telah lama digunakan di industri pembinaan tetapi tidak digunakan di bengkel kerana kosnya mahal. Justeru itu, produk kotak bentuk asas pad IBS direkabentuk menggunakan logam kerana kerana ia tahan lasak, dapat mengurangkan tenaga pelajar dalam kerja amali dan menjimatkan penggunaan kayu di bengkel. Sampel kajian terdiri daripada 37 orang responden yang terdiri daripada tahun 2 SVM dan 1 DKV kursus Teknologi Pembinaan. Data telah dianalisis bagi mendapatkan peratus dan min. Hasil dapatan analisis mendapati pelajar berpuas hati dengan penggunaan alat kotak bentuk asas pad IBS semasa kerja amali. Ini dibuktikan melalui analisis skor min yang memperolehi nilai pada skala tinggi. Produk yang dihasilkan diharapkan dapat melangkah ke peringkat yang lebih jauh serta mendapat perhatian dari pihak kolej vokasional seluruh Malaysia.