FELIVINO PETRUS ANAK MICHAEL SMK MEDAMIT
Kajian tindakan dan inovasi ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep Matematik. Kajian tindakan dan inovasi ini dilaksanakan di sekolah menengah dan melibatkan murid Tingkatan 4A dengan fokus kepada topik Persamaan Linear. Kaedah Mag-NO direka untuk membantu murid mempelajari Persamaan Linear dengan mudah. Melalui penggunaan Mag-No yang melibatkan pengajaran bersemuka serta penggunaan digital, pelajar menunjukkan peningkatan dalam pemahaman konsep serta minat terhadap Matematik. Selain itu, kaedah Mag-No juga dapat meningkatkan tahap pengajaran guru di dalam kelas atau di luar kelas serta meningkatkan penglibatan aktif murid semasa PdPc.