MUHAMMAD NGUYEN IRFAN BIN MUHAMMAD LUTFI SM PENDIDIKAN KHAS (V) INDAHPURA
Projek inovasi ini memperkenalkan APCCA (Aplikasi Pembelajaran Core Competency Abilities), sebuah aplikasi pembelajaran interaktif yang dibangunkan bagi menyokong pembelajaran murid berkeperluan khas (MBPK). Aplikasi ini menekankan pembangunan kemahiran teras seperti komunikasi, keyakinan diri, dan motivasi dalam pembelajaran berasaskan kompetensi. Antara isu utama yang dikenal pasti ialah kurangnya motivasi dalam kalangan murid, tekanan akibat pembelajaran berorientasikan guru, serta kurangnya minat meneruskan pelajaran. Melalui mini kajian yang dijalankan, APCCA telah menunjukkan keberkesanan dalam menangani masalah ini. Dapatan kajian mendapati 100% responden memberikan maklum balas positif terhadap aplikasi dari segi kesesuaian kandungan, visual yang jelas, reka bentuk menarik, dan kemudahan penggunaan. Objektif utama projek ini adalah untuk memupuk semangat belajar, membina keyakinan menggunakan teknologi, mewujudkan persaingan sihat dalam pembelajaran, serta meningkatkan kemahiran komunikasi MBPK. APCCA bukan sahaja menyokong pembelajaran abad ke-21, tetapi juga berpotensi membawa impak besar kepada perkembangan murid melalui pendekatan fun learning yang sistematik dan kreatif. Diharapkan inovasi ini dapat mengangkat imej sekolah ke peringkat lebih tinggi serta memberi manfaat meluas dalam dunia pendidikan khas.