TAN YU QIAN SMK BUKIT GAMBIR
Rose Scrub badan atau lulur badan adalah rutin penjagaan diri yang telah diamalkan sejak zaman dahulu, bertujuan untuk menghasilkan kulit yang cantik, halus, dan cerah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengurangkan tekanan, keletihan, dan membersihkan kulit dari kotoran. Proses pembuatan scrub badan melibatkan bahan-bahan seperti garam, baby oil, jambak ros, dan shampoo yang mudah didapati serta kos yang rendah. Cara penggunaannya juga mudah, hanya dengan mengoleskan campuran tersebut pada kulit dan membasuhnya dengan air. Scrub badan bukan sahaja meningkatkan penampilan fizikal tetapi juga menyakinkan diri dalam penampilan yang lebih sihat dan berseri.