Mohamad Hanifah Bin Abd Ghani Politeknik Muadzam Shah
Inovasi PotaMatic merupakan mesin semi-automatik yang dibangunkan khusus untuk meningkatkan kecekapan proses penghasilan kentang goreng panjang dalam industri makanan
kecil dan sederhana (IKS). Berasaskan teknologi pneumatik yang mesra pengguna, PotaMatic direka bentuk bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga fizikal manual yang lazim dalam mesin konvensional. Reka bentuk ergonomik dan sistem tekanan udara yang digunakan bukan sahaja mempercepatkan proses pengeluaran malah memastikan keseragaman bentuk
produk serta mengurangkan risiko kecederaan operator. Inovasi ini turut diaplikasikan dalam pengajaran kursus teknikal di Politeknik Muadzam Shah dengan memanfaatkan potensi mesin
sebagai alat bantu PdP berteraskan amali sebenar. Penilaian melalui soal selidik kepada pengguna sasaran menunjukkan penerimaan positif (min purata 4.05), menyokong
keberkesanan reka bentuk dan kesesuaian mesin dalam konteks komersial. Secara keseluruhan,
PotaMatic berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dan ditambah baik menjadi sistem automatik sepenuhnya, serta membuka ruang kepada kebolehpasaran produk dan inovasi dalam bidang pemprosesan makanan tempatan.
Kata Kunci: Mesin Kentang; Reka Bentuk; Pneumatik