JS917: BOTOL RAHSIA

AHMAD ANAS HAFIZ BIN ABDULLAH SEKOLAH KEBANGSAAN NYIUR TUJUH

Botol Rahsia ialah botol yang mempunyai pelbagai fungsi seperti menyimpan air, duit dan sedikit makanan ringan. Ia sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Botol ini senang dibawa oleh murid sekolah kerana selain daripada untuk membekalkan air minuman, botol ini juga boleh menyimpan duit dengan selamat tanpa diketahui oleh orang lain dan boleh digunakan sewaktu murid kehilangan wang saku.