PR1133: Re-Kit

MOHD SYAZWAN ZAINAL MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISME

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengalami Autisme sering menunjukkan tingkah laku mencabar seperti enggan terlibat dalam aktiviti pembelajaran, tidak memberi respons terhadap arahan guru, serta kerap berlaku tingkah laku seperti menjerit dan tingkah laku elakan. Tingkah laku ini boleh menjejaskan perkembangan akademik dan sosial murid serta menimbulkan cabaran kepada guru dalam mengurus sesi pengajaran. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa peneguhan positif melalui ganjaran merupakan salah satu kaedah intervensi yang berkesan untuk menggalakkan tingkah laku positif dalam kalangan murid Autisme. Justeru, satu inovasi dikenali sebagai Reward Kit (Re-Kit) telah dibangunkan bagi menyokong keperluan ini. Re-Kit merupakan kit ganjaran yang ditambah baik daripada versi terdahulu dengan penekanan terhadap elemen visual, pilihan ganjaran yang disesuaikan dengan minat murid, serta penyepaduan strategi komunikasi alternatif. Kajian kebolehgunaan Re-Kit dilaksanakan menggunakan pemerhatian sistematik selama lima minggu ke atas tiga orang MBPK Autisme berumur lima hingga tujuh tahun. Instrumen kajian melibatkan senarai semak tingkah laku sebelum dan selepas intervensi bagi menilai perubahan dari segi kepatuhan arahan dan pengurangan tingkah laku negatif. Dapatan kajian menunjukkan pengurangan ketara tingkah laku tidak diingini apabila Re-Kit digunakan secara konsisten. Kesimpulannya, Re-Kit berpotensi menjadi alat bantu pengajaran yang efektif dalam pengurusan tingkah laku MBPK Autisme. Inovasi ini menyokong pendekatan pembelajaran yang lebih inklusif, mesra murid dan berfokus kepada keperluan individu. Re-Kit telah didaftarkan di bawah Perlindungan Harta Intelek (Hak Cipta) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan kepada pendidik di pusat intervensi, institusi prasekolah serta ibu bapa.