YS617: KAWEN BY JIWA

ABID MU’IZZUDDIN BIN MOHAMADIAH SMK HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0556 | 1 Likes | 18 Views | 50 times | LS: 51.1
Like it? | Support them now!

KAWEN by JIWA merupakan satu himpunan link pembelajaran yang diinovasikan bagi tajuk Perkahwinan Dalam Islam, silibus Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 5. Nama KAWEN dipilih kerana ia lebih mesra di pendengaran remaja hari ini, manakala JIWA mewakili kami sebagai innovator iaitu Jiman, Iman, Wan Hafiz dan Abid. Perkataan JIWA juga sinonim dengan maksud perkahwinan itu sendiri yang merujuk kepada penyatuan jiwa-jiwa yang mendambakan kebahagiaan. Tajuk Perkahwinan dalam Islam merupakan salah satu topik bidang fekah yang amat luas cakupannya. Ia mengandungi kepelbagaian istilah asal Bahasa Arab yang agak mengelirukan murid. Kesukaran mengingat fakta yang pelbagai, dan amalan pengajaran rutin yang berasaskan teori menyumbang kepada kelemahan murid untuk menguasai tajuk ini. Justeru, kami mencari jalan untuk menjadikan tajuk yang kompleks ini lebih indah dan mudah. Asas kepada pembinaan inovasi ini adalah teori pembelajaran heutagogi atau ‘self determined learning’. Kami mencabar diri untuk menghasilkan sendiri teknik pembelajaran mengikut acuan dan kesesuaian. Selaku Gen Z yang lebih serasi belajar bertemankan peranti dan segala bentuk teknologi digital, inovasi ini menjadi alternatif kepada pembelajaran secara konvensional. Kaedah pembelajaran digital digunapakai melalui aplikasi mylink. Aplikasi ini menghimpunkan beberapa teknik seperti nota maya melalui aplikasi ‘canva’, gamifikasi online melalui aplikasi quizziz , kahoot dan wordwall, latihan atas talian melalui padlet dan poster online melalui canva dan video pembelajaran melalui tiktok. Semua ini membentuk satu hub sehenti pembelajaran yang memberi dimensi baru kepada pembelajaran murid. Inovasi KAWEN by JIWA dilihat berkesan kerana ia mudah diakses, senang difahami oleh murid serta menimbulkan keterujaan kerana berbentuk didik hibur. Ibu bapa juga boleh memantau hasil kerja anak-anak mereka kerana ia berfungsi sebagai galeri maya yang boleh diakses hanya dengan satu klik. Maklum balas daripada inovas