PR573: PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERDASARKAN MODEL PLOMP

SITI FATIMAH BINTI DATU ALI NAFIAH SK SEPAGAYA, LAHAD DATU, SABAH

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 181 times | LS: 181.0
Like it? | Support them now!

Kepentingan model pengajaran dalam pendidikan bahasa Arab menjadi pemangkin kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Sehubungan itu, salah satu model pengajaran yang dapat memberi impak optima dalam pengajaran bahasa adalah model Plomp iaitu model yang diperkenalkan oleh Tjeerd Plomp (2013). Justeru, kerangka konsep pembelajaran bahasa Arab yang diadaptasi dari kerangka model Plomp diteliti untuk mendapatkan intipati penggunaan dan pelaksanaannya dalam bahasa Arab. Hasil penelitian mendapati bahawa Model Plomp dapat menjana pengimplementasian pengetahuan linguistik, pemerolehan kemahiran bahasa dan pengalaman strategi pembelajaran bahasa bagi tujuan pengajaran.