AHMAD UQAIL BIN ZULKEFLI SMK DATO' AHMAD MAHER
E-BROOM-merupakan penyapu kecil dan mudah alih yang direka untuk membersihkan apapun jenis sampah yang sederhana. Namun begitu ia lebih efisien untuk digunakan kerana ia dapat menyapu dengan cepat dan cekap. Kita juga dapat membina E-Broom dengan bentuk yang kecil agar ia lebih mudah untuk dibawa dan lebih mudah disimpan dan dipegang. Sebagai contoh, kita dapat menggunakan E-Broom ini untuk menyapu habuk, bulu haiwan kesayangan dan sebagainya dengan berkesan dan efisien. PENYATAAN MASALAH: Setelah kami melakukan analisis khasnya kepada individu yang menghidap alahan dan asma. kami dapati bahawa kebersihan selalunya dikaitkan dengan fikiran yang jelas dan minda yang baik. Oleh itu, alat yang kami cipta secara tidak langsung telah membantu menjernihkan minda dan fikiran kita. Kami juga mengetahui bahawasanya debu sangatlah memudaratkan kesihatan kita terutamanya individu yang menghidap alahan dan asma. Oleh itu, alat ini sangat berguna di kalangan masyarakat kerana dengan alat ini dapat membantu seseorang individu untuk membersihkan tempat-tempat yang kotor akan debu atau sampah yang sederhana tanpa meninggalkan sebarang jejak. Dengan ini, masalah seperti serangan asma atau alahan dapat diatasi. METHODOLOGI: Pertama, sediakan semua bahan yang diperlukan. Setelah itu, potong chopstick separuh daripada atas dan potong tali rafia kepada banyak bahagian. Setelah itu,kita perlu lekatkan tali rafia di antara chopstick yang telah dipotong. Selepas itu,kita perlu memotong 2 penutup botol dan lekatkannya bersama-sama dan tebuk lubang ditengah penutup tersebut dan masukkan hujung chopstick ke dalam lubang tersebut. Selepas itu, potong kotak/kadbod mengikut saiz yang sama dan tebuk lubang pada kotak/kadbod dan letakkan penyedut minuman ke dalam lubang tersebut dan otong beberapa lagi kotak/kadbod dan sehelai kertas. Seterusnya, lekatkan kertas tersebut pada kotak/kadbod dan lekatkan semua kotak/kadbod dengan gam untuk membentuk dasar E-Broom dan masukkan chopstick kedalam lubang yang terdapat penyedut minuman dan lekatkan DC motor di tepi kotak/kadbod dan sambungkannya pada penutup botol dengan gelang getah. Setelah itu, potong lagi beberapa kotak/kadbod untuk pemegang dan buat lubang untuk meletakkan switch ON/OFF lalu sambungkan butang dengan bateri dan lekatkan pemegang pada pangkal E-Broom dan akhir sekaii sambungkan ke DC motor dengan wayar. ANALISIS KEPUTUSAN: Kami sepasukan juga telah melaksanakan beberapa kajian tentang penggunaan alat untuk membersih sampah-sampah ini dan hasilnya kami dapati vakum yang besar membuat ia susah untuk dibawa kemana-mana. Namun begitu, hal ini dapat diatasi dengan E-Broom kerana kita dapat mencipta E-Broom dengan saiz yang pelbagai.
KATA KUNCI: E-Broom, Debu, Alahan dan Asma